Skip to main content

CERITERA PENGHASILAN LOGO SEKOLAH



Usaha memulakan draf logo sekolah bagi SK Meru Raya ini pada mulanya mengalami sedikit kesukaran kerana draf asal logo direka berdasarkan konsep logo konvensional yang berbentuk bujur sebagaimana logo-logo sekolah versi lama. Bagaimanpun, dalam satu lawatan kunjung bantu oleh Pegawai PPD Kinta Utara, kami telah dinasihati dan diberi pandangan bahawa logo sekolah baru mesti mendukung konsep komtemporari, terkini, canggih dan anggun.

Jadi, pada satu Subuh yang bening dan hening, saya telah memulakan draf logo berdasarkan konsep terkini dan setelah cubaan beberapa kali maka terhasillah draf awal untuk logo SK Meru Raya. Oleh kerana tidak mempunyai bakat melukis, maka draf yang dibuat tidak sehebat yang difikirkan tetapi apa yang saya pentingkan ialah idea yang terkandung di dalamnya.

Keesokan paginya saya telah bertemu dengan kenalan baik saya di SK Kelebang Jaya iaitu En. Saiful(Ketua Kerani SK Kelebang Jaya ) dan menerangkan kepadanya hasrat saya untuk menghasilkan satu logo yang baru dan benar-benar lain daripada bentuk dan konsep logo yang telah kami hasilkan sebelum ini.

Draf Awal :


 



Setelah berpuluh-puluh kami melalui proses ubah suai, akhirnya terhasillah sebuah logo sebagimana yang telah digunakan di sekolah ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Sdr. Saiful yang tidak jemu-jemu melayan karenah saya ketika beliau membantu menyiapkan logo ini. Semoga Allah memberikan ganjaran baik atas segala jasa baik beliau. Amin.







 
 

 

 
 




Catatan oleh : Cikgu Abu Bakar Mat Som, Caretaker SK Meru Raya