Skip to main content

CERITERA PENGHASILAN LAGU SEKOLAH


␥LAGU SEKOLAH




      Usaha penciptaan lagu ini bermula apabila dalam lawatan kunjung bantu Tn. Hj. Ismail(Penyelia Kanan SR PPD Kinta Utara) dan En. Mohd Ramli b. Mohd Baki (Penyelia Sekolah Rendah) ke SK Meru Raya pada penghujung Disember 2017. Tn. Hj. Ramli telah bertanyakan tentang lagu dan logo sekolah, misi,visi dan segala yang berkaitan dengan persediaan pembukaan operasi SK Meru Raya. Pada peringkat ini sebenarnya ,saya selaku Caretaker SK Meru Raya telahpun memulakan draf awal lagu dan logo tetapi masih dalam peringkat sentuhan awal dan belum diperhalusi. Pertanyaan kedua-dua pegawai ini telah saya jawab dengan menyatakan bahawa saya akan cuba menyediakannya secepat yang mungkin.
      Bertitik tolak dari situ, saya melajukan sedikit kerja-kerja mendraf lirik lagu dan mula menghubungi rakan lama di SK Kelebang Jaya iaitu Cikgu Idris untuk meminta bantuannya bagi menyediakan melodi yang sesuai berdasarkan lirik @ senikata lagu yang saya sediakan. Beliau telah memberikan persetujuan dan meminta saya menghantar lirik lagu melalui aplikasi telegram. Saya segera melakukan seperti apa yang diminta. Alhamdulillah, dalam tempoh seminggu melodi lagu telah siap dan beliau telah menghantarnya kepada saya melalui aplikasi telegram dan meminta saya membuat semakan untuk tujuan penambahbaikan.
     
 
 
 

  Kami telah berhubung beberapa kali untuk menghasilkan lagu yang terbaik termasuk terpaksa meminta Cikgu Idris mengubah semula tempo lagu yang mana lagu awal agak perlahan temponya. Akhirnya, keseluruhan lagu berjaya disiapkan pada awal minggu pertama Januari 2018. Syukur kepada Allah. Terima kasih kepada Cikgu Idris atas bantuannya. Semoga Allah memberikan ganjaran yang baik kepadanya. 

Catatan oleh : Cikgu Abu Bakar Mat Som, Caretaker SK Meru Raya