Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

CERITERA PENGHASILAN LOGO SEKOLAH

Usaha memulakan draf logo sekolah bagi SK Meru Raya ini pada mulanya mengalami sedikit kesukaran kerana draf asal logo direka berdasarkan konsep logo konvensional yang berbentuk bujur sebagaimana logo-logo sekolah versi lama. Bagaimanpun, dalam satu lawatan kunjung bantu oleh Pegawai PPD Kinta Utara, kami telah dinasihati dan diberi pandangan bahawa logo sekolah baru mesti mendukung konsep komtemporari, terkini, canggih dan anggun. Jadi, pada satu Subuh yang bening dan hening, saya telah memulakan draf logo berdasarkan konsep terkini dan setelah cubaan beberapa kali maka terhasillah draf awal untuk logo SK Meru Raya. Oleh kerana tidak mempunyai bakat melukis, maka draf yang dibuat tidak sehebat yang difikirkan tetapi apa yang saya pentingkan ialah idea yang terkandung di dalamnya. Keesokan paginya saya telah bertemu dengan kenalan baik saya di SK Kelebang Jaya iaitu En. Saiful(Ketua Kerani SK Kelebang Jaya ) dan menerangkan kepadanya hasrat saya untuk menghasilka

CERITERA PENGHASILAN LAGU SEKOLAH

␥LAGU SEKOLAH       Usaha penciptaan lagu ini bermula apabila dalam lawatan kunjung bantu Tn. Hj. Ismail(Penyelia Kanan SR PPD Kinta Utara) dan En. Mohd Ramli b. Mohd Baki (Penyelia Sekolah Rendah) ke SK Meru Raya pada penghujung Disember 2017. Tn. Hj. Ramli telah bertanyakan tentang lagu dan logo sekolah, misi,visi dan segala yang berkaitan dengan persediaan pembukaan operasi SK Meru Raya. Pada peringkat ini sebenarnya ,saya selaku Caretaker SK Meru Raya telahpun memulakan draf awal lagu dan logo tetapi masih dalam peringkat sentuhan awal dan belum diperhalusi. Pertanyaan kedua-dua pegawai ini telah saya jawab dengan menyatakan bahawa saya akan cuba menyediakannya secepat yang mungkin.       Bertitik tolak dari situ, saya melajukan sedikit kerja-kerja mendraf lirik lagu dan mula menghubungi rakan lama di SK Kelebang Jaya iaitu Cikgu Idris untuk meminta bantuannya bagi menyediakan melodi yang sesuai berdasarkan lirik @ senikata lagu yang saya sediakan. Beliau te