Skip to main content

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA SKMR

TARIKH    :  6 OGOS 2018
MASA        : 7.20 PAGI
TEMPAT   :  TAPAK PERHIMPUNAN SKMR
Alhamdulillah. Perhimpunan pertama SKMR yang sudah pasti akan tercatat dalam sejarah pengoperasiannya berjaya dilaksanakan dengan lancar. Syabas dan tahniah kepada Tuan Guru Besar, Puan Aslinda Saari, barisan penolong kanan, guru-guru dan murid-murid SK Meru Raya, Ipoh, Perak. Mari kita bersama membangun, menyemai benih-benih dan "menghidupkan pohon kejayaan" sekolah ini. Yakin boleh kerana warga SKMR kukuh percaya dan mendukung teguh cogan kata "KARISMA GAH TERBILANG" yang terpatri kemas pada logo sekolah ini.