Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN MERU RAYA

Majlis Penyerahan Bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Meru Raya, Ipoh telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah Kinta, Ir. N. Naelah Binti Mat Kasa kepada Pengarah Pendidikan Negeri Perak,Yang Berbahagia Dato' Hj.Mat Lazim b. Idris. Majlis ini telah diadakan di Tapak Projek SK. Meru Raya , Ipoh pada 22 Disember 2017.  Pelaksanaan projek telah bermula pada 6 Jun 2016 dan siap sepenuhnya pada 1 Disember 2017 oleh kontraktor Ultivictory Sdn. Bhd. dan menelan belanja  sebanyak RM 18,793,232.90.